KUALA LUMPUR 28 Julai – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini meluangkan masa menziarahi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di hospital. Muhyiddin yang menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas pada 12 Julai lalu dilaporkan semakin baik pulih. Enam keping gambar lawatan Dr. Mahathir dan isteri yang turut disambut isteri Muhyiddin, Puan Sri Noraini Abdul Rahman dimuat naik di akaun Facebook rasmi Presiden Bersatu itu hari ini.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya