KOTA BHARU 31 Julai – Abdul Kadir Mamat atau Pok Dir, pelakon tambahan filem-filem era seniman negara Tan Sri P. Ramlee yang dilaporkan berada dalam keadaan uzur baru-baru ini, tersenyum ceria dan menjadi cukup bersemangat hari ini. Ini kerana Pok Dir, 78, menerima kunjungan rombongan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) diketuai Pengerusinya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave dan salah seorang pemegang amanah yayasan terbabit, Datuk Jamaludin Elias atau Nash Lefthanded. Senyuman lelaki warga emas itu juga bertambar lebar apabila DJ Dave yang merupakan penyanyi pujaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya