“Takkan hari ini kahwin, hari ini juga beranak.” Alasan tersebut sering digunakan oleh penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) bagi mewajarkan kegagalan kepemimpinan mereka menunaikan sebahagian besar janji yang ditaburkan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ayat klise itu diulangi Mordi Bimol (DAP-Mas Gading) ketika mencelah perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dalam sidang Dewan Rakyat, semalam. Kepemimpinan PH yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya sedar bahawa rakyat semakin resah kerana masih banyak janji yang belum ditunaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya