LABUAN – Cuepacs sedang merangka kertas cadangan tentang sistem saraan baharu penjawat awam untuk dikemukakan kepada kerajaan, kata presidennya Datuk Azih Muda. Beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan melakukan semakan semula lima tahun terhadap gaji penjawat awam yang tidak disemak sejak 2002. Katanya semakan semula gaji itu perlu dilakukan berikutan kenaikan harga rumah dan barangan sejak kebelakangan ini. “Kami dengan ini ingin menegaskan kesetiaan kami kepada kerajaan yang memerintah. Kami faham tentang keadaan semasa kewangan negara, tetapi kita perlu ingat bahawa harga rumah kini terlalu tinggi bagi mereka dari gred rendah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya