KLANG – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam menggelarkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai ‘budak pejabat’ yang didakwa cuba memperlekehkan kredibiliti beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos depan. Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu memberitahu, beliau tidak bimbang jika Amirudin yang merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu mahu membongkar kes-kes penyelewengan yang kononnya melibatkan dirinya. “Amirudin setakat ‘budak pejabat’ PKR dan saya rasa beliau tidak mengenali saya sangat. “Semasa Amirudin masuk pejabat PKR, saya masuk penjara (tahanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya