PETALING JAYA – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menjual 3,500 unit motosikal Dash 125cc yang baru dilancarkan dalam tempoh sebulan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keiichi Yasuda berkata, keyakinan itu berdasarkan permintaan yang kukuh dalam segmen cub pada masa ini. “Selama bertahun-tahun, pasaran cub dengan kapasiti silinder (cc) yang tinggi telah berkembang dengan semakin kompetitif dan mencabar susulan permintaan pelanggan yang lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran model motosikal baharu itu di sini hari ini. Yasuda berkata syarikat turut menjangka model itu akan menyumbang 25 peratus kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya