FARNBOROUGH, England Pengeluar pesawat terbesar di dunia, Boeing Co meningkatkan unjuran permintaan industri untuk pesawat penumpang dan kargo sepanjang 20 tahun kepada tiga peratus semalam. Boeing menyatakan pada Pertunjukan Udara Farnborough di England, minggu ini bahawa pihaknya menjangkakan dapat membuat 42,700 penghantaran industri dalam masa dua dekad akan datang, meningkat berbanding anggaran 41,030 penghantaran setahun lalu. Jumlah itu menyamai unjuran pendapatan AS$6.3 trilion (RM25.4 trilion), meningkat berbanding unjuran serupa berjumlah AS$6.1 trilion (RM24.6 trilion) pada tahun lalu. Unjuran positif itu didorong peningkatan lima peratus dalam jualan pesawat lorong tunggal seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya