NAIROBI 28 Julai – Fenomena bulan berdarah atau ‘blood moon’ mempesonakan pemerhati bintang dari seluruh dunia, semalam apabila bulan memasuki bayang-bayang Bumi bagi gerhana bulan penuh paling lama dalam abad ke-21. Dari Tanjung Harapan ke Asia Barat dan Kremlin ke Sydney, ribuan orang menumpukan pandangan mereka ke arah bintang-bintang bagi melihat bulan yang bertukar gelap sebelum berubah menjadi oren, coklat dan kemerahan. Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) memaklumkan, gerhana bulan itu berlanjutan selama sejam 42 minit dan 57 saat walaupun fenomena itu bermula dengan gerhana separa menjadikan bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya