KUANTAN 28 Julai – Lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China pada pertengahan Ogos ini dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk kajian semula terhadap projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditandatangani kerajaan terdahulu. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang berhubung dengan Kementerian Luar negara itu untuk menentukan tarikh dan atur cara lawatan pertama Dr. Mahathir ke China selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mei lalu. “Antara agenda utama lawatan berkenaan adalah membincangkan perjanjian projek ditandatangani kerajaan sebelum ini dengan China termasuk ECRL yang mana projek pembinaannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya