HPA-AN, Myanmar 27 Julai – Beribu penduduk di tenggara negara ini diarahkan berpindah ekoran banjir teruk, menurut polis tempatan hari ini. Hujan lebat melanda negeri Karen, Mon serta wilayah Bago sejak beberapa hari lalu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. “Kira-kira lebih 6,000 orang diarahkan berpindah manakala 4,000 lagi di Myawaddy,” kata ketua polis negeri Karen, Kyi Linn kepada AFP. Sementara itu, agensi berita Global New Light Of Myanmar melaporkan Myanmar menyumbangkan dana sebanyak AS$140,000 (RM568,424) untuk membantu mereka yang terjejas dan membaiki semula jambatan rosak. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya