KOTA BHARU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membelasah sepupunya sehingga patah tangan kiri hanya kerana mangsa mengambil durian di kebun dua minggu lalu. Mohd. Khairul Izwan Mohd. Zin, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail. Dia didakwa menyebabkan kecederaan menggunakan senjata kayu berpaku sepanjang 80 sentimeter terhadap Mohd. Zulkhairi Abdul Kadir, 41. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya