PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri kanan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pemilihan UMNO 2018 berhubung siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan sebanyak RM855,000. Pemimpin tersebut yang merupakan pengerusi yayasan terbabit dipercayai telah menggunakan dana tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri dari tahun 2014 hingga 2015. Menurut sumber, SPRM akan memanggil pemimpin tersebut dalam tempoh terdekat. “Bekas menteri kanan itu akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit atau memberi maklumat lanjut berkaitan kes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya