LONDON 18 Julai – Ikon rock Britain, Cliff Richard berjaya memenangi kes saman terhadap saluran berita BBC berhubung liputan serbuan polis di rumahnya pada tahun 2014. Richard, 77 menyaman BBC kerana menyiarkan liputan serbuan tersebut ketika dia sedang bercuti dan Mahkamah Tinggi London memerintahkan saluran tersebut membayar ganti rugi berjumlah 210,000 pound (RM1.1 juta) kepada penyanyi itu. Richard mendakwa liputan tersebut telah menjejaskan reputasinya namun sebaliknya editor BBC menyifatkan pihaknya melakukan perkara tersebut dengan niat baik. – AP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya