Sekiranya anda seorang perokok tegar dan masih tidak sayangkan diri sendiri, sekurang-kurangnya fikirkan orang sekeliling terutama ahli keluarga. Hakikat yang anda perlu tahu,merokok bukan sahaja boleh menyebabkan kemudaratan ke atas kesihatan diri sebagai perokok aktif, malah kepada mereka yang tidak merokok (perokok pasif) berdekatan anda. Menurut Pakar Perubatan Respiratori Pusat Perubatan Princecourt, Dr. Fauzi Md. Anshar, merokok berterusan akibat ketagihan nikotin bukan sahaja menjejaskan kesihatan perokok, bahkan kepada individu-individu berdekatan mereka. Golongan ini dikategorikan sebagai perokok pasif atau perokok kedua yang terdedah dengan asap rokok seperti isteri, anak, ibu bapa,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya