KUALA LUMPUR – Hajat murni seorang penceramah bebas untuk menyelesaikan urusan berkenaan program korban di Kemboja dan pakej umrah tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Sungai Petani, Kedah pada Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, Bakhtiar Mohd. Yusof, 67, disahkan meninggal dunia selepas kereta Proton Saga yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Almera. Kejadian itu turut menyebabkan pembantu Bakhtiar, Nor Siah Aliyasar, 47, dan anak wanita itu, Amir Irfan Mat Radzi, 10 cedera. Turut cedera ialah pemandu Nissan Almera berusia 42 tahun.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya