PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump telah melakar satu sejarah tersendiri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana ketua negara itu sebelumnya apabila dengan penuh berani dan angkuh mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember 2017. Dengan itu beliau memecahkan keputusan antarabangsa yang telah diakui selama berdekad-dekad lamanya tentang kedudukan kota ini bagi negara Palestin. Gagasan untuk menempatkan negara Yahudi antarabangsa di kota suci Jerusalem atau Baitulmuqaddis ini, sebenarnya kembali ke tahun 1896 ketika gerakan Zionisme antarabangsa menyasarkan Baitulmuqaddis yang bakal menjadi ibu kota gerakan Zionis itu. Namun gerakan zionisme…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya