KUALA LUMPUR 26 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengumumkan pendiriannya untuk bertanding dalam Pemilihan PKR menjelang hari pencalonan peringkat Majlis Pimpinan Pusat pada 5 Ogos nanti. Setiausaha Politiknya, Hilman Idham berkata, Mohamed Azmin masih melihat setiap potensi kemungkinan yang ada dan hanya akan membuat keputusan menjelang hari pencalonan tersebut. “Tak perlu tergopah-gapah, masih ada ruang sehingga 5 Ogos nanti dan kita akan menilai dan melihat kemungkinan yang ada. Menjelang hari pencalonan nanti, Datuk Seri Azmin akan mengumumkan jawatan yang akan ditandinginya,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya