KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan semalam. Mohamad Ariff, 69, merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengusulkan pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidangan Dewan Rakyat bermula pada pukul 10 pagi. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Dalam pada itu, Datuk Rashid Hasnon (PKR-Batu Pahat) dan Nga Kor Ming (DAP-Teluk Intan) pula dipilih sebagai Timbalan Speaker. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya