JEDDAH 23 Julai – Sekurang-kurangnya 72,307 orang dan 30,449 buah kenderaan dilarang memasuki Mekah sejak Jumaat lalu ketika pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan operasi menghalang kemasukan tidak sah jemaah tanpa permit menjelang musim haji tidak lama lagi. Saudi Gazette melaporkan, larangan kemasukan ke Mekah bagi individu tanpa permit bermula pada 9 Julai lalu dan akan dikuatkuasakan sehingga berakhirnya musim haji. Hanya tiga kategori ekspatriat dibenarkan memasuki Mekah pada musim haji kali ini. Mereka ialah pemegang permit haji, pemegang permit kediaman yang dikeluarkan di Mekah dan pemegang permit untuk bekerja semasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya