KUALA LUMPUR 1 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menghargai sokongan para perwakilan UMNO yang menyokongnya dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam. Dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya hari ini, Annuar berkata, kepercayaan para perwakilan di seluruh negara terhadapnya akan dikenang sampai bila-bila. Jelas bekas Ketua Penerangan UMNO itu, beliau bersyukur kerana menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana mahu bersama membantu perjuangan parti. “Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan walau saya tidak bertemu atau berkempen dengan ketua-ketua bahagian. “Ramai tak sempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya