SEPANG – AirAsia telah dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk kali ke-10 berturut-turut. Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, kejayaan tersebut diraih di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2018 yang diadakan di London, hari ini. “Anugerah itu telah disampaikan kepada Pengasas Bersama AirAsia yang juga Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun di London,” kata kenyataan itu. Anugerah Skytrax yang disifatkan sebagai Anugerah Oscar bagi Industri Penerbangan, merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan yang membabitkan tinjauan lebih 20.36 juta pelanggan di 105 negara dan antara lainnya mengukur piawaian merentasi 49 petunjuk prestasi utama produk serta barisan hadapan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbangan. Sementara itu, ketika mengulas kejayaan itu, CEO AirAsia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya