KUALA LUMPUR 16 Mei – Selepas lebih 60 tahun menjadi pembangkang di Dewan Rakyat, air muka kegembiraan jelas terpancar daripada wajah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Mereka tiba dengan senyuman yang tidak lepas dari wajah dari awal pintu masuk ke bangunan Parlimen sehingga ke dalam Dewan Rakyat. Mereka turut melambai penuh mesra kepada media dan memenuhi permintaan untuk bergambar. Dalam masa yang sama, senyuman juga tidak lekang pada wajah Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pertama kali mengangkat sumpah sebagai pembangkang hari ini. Mereka turut melayan permintaan media untuk bergambar. Timbalan Perdana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya