KUALA LUMPUR 16 Julai – Seorang ahli perniagaan kehilangan RM601,350 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang memberitahu maklumat peribadinya digunakan untuk melakukan kad kredit palsu. Kejadian tersebut berlaku antara 6 Julai hingga 12 Julai lalu dan mangsa telah melakukan 93 transaksi daripada dua akaunnya kepada lima akaun suspek. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sindiket tersebut menghubungi mangsa dan memberitahu dia terlibat dengan hutang kad kredit. “Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai kad kredit dan bermula dari situ, panggilan tersebut telah disambung kepada polis dan seterusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya