KUALA LUMPUR 3 Julai – Cadangan Affin Bank Bhd. (Affin Bank) untuk meningkatkan RM3 bilion di bawah tambahan sekuriti modal Tier-1 (AT1CS) diberikan penarafan A3/Stabil oleh RAM Ratings. Menurut agensi penarafan itu, ia turut mengesahkan penarafan institusi kewangan (FIR) dengan AA3/Stabil/P1 bagi Affin Bank dan juga AA3 dan A1 masing-masing terhadap nota subordinat dan kanan di bawah program RM6 bilion bank jangka menengah (MTN). Katanya, semua penilaian mempunyai pandangan yang stabil. “FIR Affin Bank mencerminkan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada pemegang saham utama, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan modal yang kukuh.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya