JOHOR BAHRU 16 Julai – Polis menahan sembilan termasuk seorang lelaki warga Singapura berhubung kes penculikan seorang lelaki warga Indonesia di Bukit Gambir, Tangkak, pada 27 Jun lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dalam kejadian itu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan dua rakannya warga Indonesia telah diculik sekumpulan lelaki tempatan. “Isteri mangsa turut memberitahu pengadu bahawa penculik telah menghubunginya dan meminta membayar wang berjumlah RM450,000. “Susulan laporan polis yang diterima, pihak polis telah membuat empat serbuan di Batu Pahat, Muar dan bandar raya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya