KUANTAN 5 Julai – Bagi memastikan sumber sentiasa mencukupi, Jabatan Perikanan negeri melepaskan sebanyak 862,720 benih ikan daripada pelbagai jenis di perairan seluruh negeri ini sehingga kini. Pengarah Perikanan negeri, Azahari Othman berkata, pelepasan benih ikan itu dilakukan bagi memulihara, meningkatkan dan menjamin kelestarian sumber perikanan. Katanya, usaha itu juga secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan nelayan setempat. “Hari ini, kami melepaskan sebanyak 4,000 ekor benih ikan siakap. Kita harapkan program ini dapat meningkatkan stok ikan di perairan sungai dan memberi manfaat kepada nelayan. “Ini usaha yang kita lakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya