JOHOR BAHRU 21 Julai – Lebih 5,000 penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Dataran Bandaraya, di sini malam tadi bagi meraikan kejayaan wira-wira Harimau Selatan merangkul kejuaraan Liga Super buat lima musim berturut-turut. Ketibaaan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama-sama para pemain, pegawai dan jurulatih skuad Harimau Selatan dengan menaiki bas khas tidak berbumbung kira-kira pukul 12.20 tengah malam disambut dengan sorakan kegembiraan penyokong JDT. Yang turut hadir ke majlis sambutan kejuaraan Liga Super itu ialah Presiden Kelab JDT, Tunku Tun Aminah Sultan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya