NEW DELHI 28 Julai- Hujan monsun yang mencetuskan banjir dan mengakibatkan bangunan runtuh telah menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang terkorban di utara India, Negeri Uttar Pradesh. Semalam, agensi cuaca negara turut mengeluarkan amaran ribut. Pegawai pengurusan bencana berkata, beberapa mangsa mati akibat dihempap runtuhan bangunan, manakala yang lain lemas atau terbunuh dalam kemalangan jalan raya disebabkan hujan. Sementara itu, dengan kebanyakkan rumah yang rosak, pihak berkuasa Uttar Pradesh menyeru agar bangunan berisiko dikosongkan kepada kira-kira 220 juta penduduk.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya