KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,488 kes demam denggi dengan enam kes kematian direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP), sejak Januari hingga Sabtu lepas (21 Julai). Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan WPKLP Dr. Zainudin Abdul Wahab berkata, angka itu menunjukkan peningkatan dengan purata 195 kes mingguan sepanjang 10 minggu kebelakangan ini. Beliau berkata, kes tertinggi dicatatkan pada minggu lepas dengan 278 berbanding 224 kes pada minggu sebelumnya, iaitu 24.1 peratus. “Walaupun jumlah itu masih rendah berbanding tahun lepas, namun bilangan kes dari minggu ke minggu menunjukkan peningkatan. Ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya