SEMPORNA – Lebih 20 buah rumah setinggan perkampungan atas air di Jalan Hospital di sini hari ini musnah dijilat api. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tersebut, kesemua rumah jenis kayu itu ranap sepenuhnya dipercayai berpunca api marak terlalu cepat. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan, seramai 34 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna termasuk Kunak dan Tawau segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang. “Berdasarkan maklumat awal, kebakaran terbabit hanya melibatkan 10 buah rumah setinggan perkampungan atas air. “Bagaimanapun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya