BEIRUT 25 Julai – Sekurang-kurangnya 114 maut termasuk 41 orang awam dalam siri serangan kumpulan pengganas Daesh di bandar Sweida, selatan Syria hari ini. Menurut Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, serangan yang termasuk serangan bunuh diri turut membunuh seramai 67 tentera Syria kebanyakannya penduduk tempatan yang mempertahankan kampung halaman masing-masing. Beliau berkata, kumpulan pengganas tersebut menyerbu kampung terbabit di timur laut wilayah berkenaan dalam serangan paling berdarah sejak tercetusnya perang berkenaan pada 2011. Hampir keseluruhan kawasan Sweida telah ditawan oleh tentera Syria namun Daesh masih bertahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya