PULAU PINANG 25 Julai – Lebih 10 pengusaha dusun durian di negeri ini telah berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri untuk mempromosikan durian masing-masing. Pengarahnya, Jonathan Freddy Bagang berkata, program berkenaan telah dilaksanakan tahun lepas, namun mempunyai kekangan kerana kekurangan bekalan ketika itu. Bagaimanapun, ujar beliau, pada tahun ini situasi berubah apabila berlaku lambakan durian yang bermula pada bulan lepas. “Oleh itu, kita yakin jumlah pelancongan yang berkunjung ke negeri ini untuk menikmati durian akan meningkat malah ketika ini harganya juga tidak terlalu mahal kerana bekalan yang banyak,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya