BAGO, MYANMAR 29 Julai – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan beribu-ribu penduduk diarahkan berpindah akibat banjir ekoran hujan lebat berterusan di negara ini. Menurut seorang pegawai Kementerian Kebajikan Sosial, sekumpulan mangsa yang terperangkap berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat menggunakan bot. Banyak kawasan pertanian dan rumah penduduk yang ditenggelami air sehingga paras bumbung. Beliau berkata, kira-kira 54,000 orang terjejas akibat banjir manakala sebanyak 163 pusat perpindahan telah diwujdukan untuk menempatkan mangsa di selatan, timur dan tengah negara ini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya