GAZA CITY 3 Jun – Jet pejuang tentera Israel membedil sekurang-kurangnya 15 kubu kumpulan pejuang Islam di Gaza semalam selepas mendakwa Palestin melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel sejak beberapa hari lalu. Serangan itu dilakukan beberapa jam selepas ribuan penduduk Palestin menghadiri upacara pengkebumian sukarelawan perubatan wanita, Razan Najjar yang ditembak mati oleh tentera Israel ketika cuba memberi bantuan kepada penunjuk perasaan di kawasan sempadan Gaza-Israel semalam. Israel menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa tenteranya melancarkan serangan ke atas 10 kawasan pejuang Islam di tiga bangunan ketenteraan yang dipercayai milik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya