KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) baharu berkuat kuasa 1 Julai ini. PNB menerusi satu kenyataan akhbar sebentar tadi telah mengesahkan pelantikan tersebut yang merupakan susulan daripada persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar pada 30 Jun ini. Lembaga Pengarah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti dan yakin dengan pengalaman beliau yang meluas akan terus memberi kepimpinan kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya