KUALA LUMPUR 5 Jun – Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengesahkan bertanding jawatan ketua sayap parti itu pada pemilihan kali ini. Zahida memberitahu, borang pencalonannya juga telah pun dihantar ke Ibu Pejabat UMNO di sini. “Saya ingin memastikan Puteri UMNO terus memperkukuhkan parti dan melakukan transformasi seiring dengan suasana politik ketika ini, khususnya dalam kalangan orang muda,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini. Buat masa ini, Zahida merupakan calon tunggal yang mengumumkan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya