KUALA LUMPUR 30 Jun – Keputusan tidak rasmi pemilihan Presiden UMNO menunjukkan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memenangi pemilihan dengan keputusan majoriti mudah. Setakat pukul 9.40 malam ini, Zahid telah memperoleh 93 undi, diikuti bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan 51 undi, manakala Tengku Razaleigh Hamzah menerima 23 undi. Bagi jawatan Timbalan Presiden, bekas Menteri Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan mendahului dengan 75 undi, manakala seorang lagi calon, Tan Sri Annuar Musa menerima 55 undi. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya