KUALA LUMPUR 5 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengunjungi rumah Tengku Razaleigh Hamzah untuk sama-sama berbuka puasa. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, diikuti solat Maghrib berjemaah. Sejurus itu, majlis tahlil beserta doa selamat turut diadakan. Zahid kemudiannya turut menunaikan solat Isya dan solat sunat tarawih bersama jemputan lain yang hadir. Zahid yang sebelum ini mengesahkan bertanding jawatan Presiden dikatakan mungkin ditentang oleh Tengku Razaleigh pada pemilihan kali ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya