LONDON – Jaguh Itali, Valentino Rossi mengakui jentera Yamaha M1 2018 miliknya masih belum cukup pantas untuk memburu gelaran dunia musim ini selepas sekadar mampu meraih podium tempat ketiga pada Grand Prix (GP) Itali, Ahad lalu. Pada saingan tersebut, Rossi yang memulakan perlumbaan di petak pertama dilihat tidak mampu untuk bersaing apabila pasukan Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan satu dan dua. Rossi mengakui jentera Yamaha tiada kuasa pecutan apabila mudah dipintas oleh pasukan Honda dan Ducati terutama di laluan lurus. “Pada pendapat peribadi, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya