PENERJUN kebangsaan, Wendy Ng Yan Yee enggan merendahkan kemampuannya untuk kembali menyinar pada Kejohanan Terjun Piala Dunia di Wuhan, China yang bermula esok biarpun mengakui cabaran besar bakal menantinya. Tampil buat pertama kali pada kejohanan antarabangsa selepas digantung lapan bulan akibat doping sememangnya memberikan suasana janggal buat atlet berusia 24 tahun itu. Wendy yang baru sahaja memulakan latihan bersama skuad kebangsaan April lalu meramalkan kesukaran untuk beraksi pada papan anjal memandangkan sudah terlalu lama meninggalkan arena kegemarannya itu. Atlet kelahiran Kuala Lumpur tersebut akan menyertai acara 3 meter (m) papan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya