LANGKAWI – Seorang lelaki warga Sweden maut dipercayai akibat disengat obor-obor di laut berdekatan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang sewaktu mangsa, Sohrabi Saeed, 60, berenang berdekatan pantai yang terletak di bahagian utara pulau peranginan ini. “Anggota polis di Balai Polis Ayer Hangat yang menerima laporan itu telah bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal sebelum menghantar mayat ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi. Maklumat awam diterima Bernama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya