JAKARTA – Berpuluh-puluh juta rakyat Indonesia menunaikan hak mengundi pada pilihan raya tempatan dikenali sebagai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2018 semalam bagi memilih gabenor, wali kota atau datuk bandar dan ketua daerah untuk tempoh 2018-2023. Menurut kenyataan Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), Pilkada kali ini melibatkan 115 Kabupaten atau daerah, 39 bandar dan 17 wilayah di Indonesia. Menurut data KPU, seramai 152,057,054 pengundi layak mengundi pada Pilkada 2018 dengan lebih separuh daripada mereka tinggal di Pulau Jawa. Wilayah Jawa Timur sahaja mempunyai 47 juta penduduk, menyamai bilangan populasi Sepanyol. Presiden Indonesia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya