JOHOR BAHRU 29 Jun – Seorang wanita cedera parah disyaki ditikam oleh kekasihnya di hadapan asrama pekerja di sebuah flat di Lima Kedai, Gelang Patah, kelmarin. Difahamkan, mangsa yang berusia 20 tahun cedera di bahagian perut dan tangan kiri dalam kejadian pukul 8.48 malam. Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai operator kilang di Pulau Pinang, petang semalam bagi membantu siasatan kes tersebut. Timbalan Ketua Polis daerah I, Iskandar Puteri, Superintenden Ismail Dollah berkata, suspek ditahan pukul 4.40 petang di Bukit Mertajam. “Lelaki berusia 26…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya