KLANG 8 Jun – Gara-gara tidak tahan dengan sikap teman wanitanya yang cemburu buta, seorang lelaki nekad membakar kekasihnya itu dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Seri Andalas, di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi semalam, mangsa yang bekerja sendiri mengalami kecederaan parah dengan 60 peratus tubuhnya melecur selepas suspek dikatakan menyimbah minyak petrol ke arah mangsa sebelum membakarnya. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum kejadian dikatakan telah bertengkar dengan suspek yang bekerja sebagai mekanik di rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya