KUALA LUMPUR 29 Jun – Tan Sri Abdul Wahid Omar dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), menurut sumber yang rapat dengan syarikat berkaitan kerajaan. Hari terakhir beliau sebagai Pengerusi Kumpulan PNB adalah hari ini dan dijangka berakhir pada pukul 4 petang ini. Difahamkan PNB mengadakan sesi townhall pagi ini, dengan Wahid mengumumkan perletakan jawatannya. Pengganti Pengerusi Kumpulan PNB buat masa ini belum diketahui. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya