PASIR PUTEH 7 Jun – Seramai 80 kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) bergotong-royong membersih sekitar kawasan Terusan Semerak dan Pantai Tok Bali, dekat sini, hari ini. Setiausaha MDPP, Rosdi Yaacob berkata, langkah membersihkan dua lokasi yang berdekatan itu bertujuan meningkatkan kebersihan dan keindahan sekitarnya yang kini menjadi lokasi tumpuan pengunjung untuk bersantai dan berkelah. Beliau berkata, langkah tersebut adalah sebahagian kerja amal sosial yang telah dirancang selepas mendapati sikap pengunjung yang gemar membuang sampah di merata tempat. “Kita berjaya membersihkan lokasi ini dalam tempoh lima jam bermula pada pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya