SHAH ALAM 5 Jun – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan negeri Selangor. Beliau hadir di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini kira-kira pukul 10.50 pagi dengan menaiki kereta rasmi kerajaan negeri. Difahamkan, selain hal-ehwal pentadbiran negeri, perbincangan Mohamed Azmin dengan Sultan Selangor dijangka akan melibatkan isu jawatan pengganti Menteri Besar Selangor. Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu selepas dilantik sebagai Menteri Kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya