PUTRAJAYA 27 Jun – Dua suspek termasuk seorang pengarah urusan syarikat yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan kontrak pembekalan projek tenaga solar sekolah di Sarawak bernilai RM2.5 bilion direman enam hari bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kedua-dua mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009. Pengarah syarikat itu berumur 59 tahun manakala satu lagi suspek berusia 30 tahun merupakan seorang peguam tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan berpakaian lokap reman SPRM. Mereka masing-masing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya