BUKIT MERTAJAM 6 Jun – Dua buah keluarga kini hidup dalam keadaan ketakutan selepas rumah mereka disimbah cat merah dalam satu kejadian di sini, awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku di Taman Machang Bubok di sini kira-kira pukul 2.40 pagi itu melibatkan kediaman seorang guru serta seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina yang tinggal berdekatan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian itu mengakibatkan cermin pintu hadapan rumah guru terbabit pecah manakala lantai, motosikal serta dinding rumahnya pula dikotori cat. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya