PASIR PUTEH 25 Jun – Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubur berjaya menyelamatkan 60 ekor Musang Pandan yang dipercayai akan diseludup keluar negara di Tok Bali dekat sini, semalam. Pemangku Pegawai Memerintah Marlas Operasi Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubur, Inspektor Reduan Mohidin berkata, haiwan eksotik itu ditemukan dalam sangkar di kawasan semak berhampiran salah sebuah jeti pendaratan ikan di Tok Bali, dekat sini, pada pukul 5 petang semalam. Menurutnya, ia termasuk sekor ibu musang bersama tiga anaknya yang masih kecil yang kesemuanya telah disangkarkan untuk diangkut ke bot nelayan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya